Open top menu
Friday, December 27, 2013



Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

Jenama McDonald's boleh didapati di 119 buah negara di seluruh dunia. 30,000 buah saluran keluar melayan hampir 50 juta pelanggan setiap hari. Melebihi 70% daripada restoran di seluruh dunia dimilik dan dikendalikan oleh usahawan tempatan yang bebas.

Tambahan pula, syarikat itu menjalankan jenama-jenama restoran yang lain, seperti Aroma Café, Boston Market, Chipotle Mexican Grill, serta mempunyai hak milik minoriti di Pret a Manger. Sehingga Disember 2003, ia juga memiliki Donatos Pizza. McDonald's juga memiliki sebuah anak syarikat, Redbox, yang bermula pada 2003 sebagai kedai mudah beli 18-kaki lebar yang berautomatik, tetapi sejak 2005 menumpukan kepada mesin sewaan DVD.

Hasil bagi tahun 2004 ialah AS$19.1 bilion, dengan pendapatan bersih sebanyak $2.75 bilion.

Kebanyakan restoran berasingan McDonald's menyediakan perkhidmatan kaunter serta pandu lalu, dengan tempat duduk dalam dan kekadangnya tempat duduk luar. Perkhidmatan pandu lalu mempunyai nama yang berlainan di pelbagai negara, umpamanya Drive-Thru, Auto-Mac, atau McDrive, dan seringnya menyediakan tempat yang berasingan untuk menempah, membayar dan menerima makanan, walaupun kedua-dua langkah yang terakhir itu sering digabungkan. Sesebahagian saluran keluar "McDrive" yang berhampiran dengan lebuh raya tidak menyediakan perkhidmatan kaunter ataupun tempat duduk. Sebaliknya, saluran keluar di perjiranan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seringnya tidak memberikan perkhidmatan pandu lalu. Terdapat juga beberapa saluran keluar yang kebanyakannya terletak di kawasan pusat bandar yang menyediakan perkhidmatan Jalan Lalu ("Walk-Thru").

Terdapatnya juga restoran-restoran bertema khas, seperti "Rock-and-Roll McDonald's" yang bertema 1950-an. Beberapa saluran keluar di kawasan subbandar dan seseparuh bandar raya membekalkan taman permainan dalam ataupun luar yang digelarkan "McDonald's PlayPlace" atau "Playland". Taman-taman ini dicipta pada 1970-an dan 1980-an untuk Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya disediakan secara antarabangsa.

Model perniagaan Perbadanan McDonald's berbeza sedikit dengan kebanyakan rangkaian makanan segera. Selain daripada yuran francais, bekalan, dan komisen jualan, McDonald's juga mengutip sewa yang sebahagian terkait kepada jualan. Sebagai syarat perjanjian francais, Perbadanan McDonald's memiliki harta tanah kebanyakan francaisnya. Bagaimanapun di United Kingdom, model perniagaan ini tidak sejajar dengan model antarabangsa, dengan kurang daripada 30% restoran difrancais dan majoritinya masih merupakan hak milik syarikat.

McDonald's melatih pembeli-pembeli serta bakal pengurus-pengurus francaisnya di universiti sendiri. Universiti McDonald's yang pertama terletak di Oak Brook, Illinois, iaitu di bandar yang sama dengan ibu pejabatnya. Sekolah latihan "U Hamburger" yang serupa telah ditubuhkan di seluruh dunia.

Menurut buku Negara Makanan Segera (Fast Food Nation) oleh Eric Schlosser (2001), hampir satu pekerja bagi setiap lapan pekerja di Amerika Syarikat pernah berkhidmat untuk McDonald's. Buku itu juga mengatakan bahawa McDonald's merupakan pengendali swasta yang terbesar untuk taman permainan di Amerika Syarikat, serta pembeli tunggal yang terbesar untuk daging lembu, babi, kentang dan epal.


Saluran keluar McDonald's bukannya sebuah restoran, tetapi merupakan gerai hamburger. Francais McDonald's yang awal dibina mengikut reka bentuk yang piawai tetapi membekalkan tempat duduk; sebahagian daripada alasannya adalah untuk mengelakkan pelanggan berdiri-diri. Bagaimanapun, keperluan untuk tempat duduk adalah jelas sejak mula-mulanya, dan syarikat menggantikan reka bentuknya kepada corak restoran bertempat duduk pada tahun 1967. Pada hari ini, restoran yang berasingan masih berdasarkan reka bentuk ini. Selepas pesaing Wendy's memperkenalkan konsep Pandu Lalu, McDonald's berbuat demikian juga pada tahun 1975, dan secara pantas, menambahkan kemudahan ini kepada semua saluran keluarnya yang boleh dilaksana.

Betapa baiknya reka bentuk piawai dalam mempopularkan McDonald's dan menjadikan restoran-restorannya dapat dikenali dengan serentak, reka bentuk piawai tidak sesuai bagi setiap saluran keluarnya. Syarikat ini sering menghadapi kempen yang mendakwa bahawa McDonald's mengancam sekitarnya, khususnya di tempat bersejarah. Mungkinnya sebagai usaha untuk menggalakkan negara-negara Eropah supaya menerima konsepnya, McDonald's kedua di Itali yang membuka pada tahun 1986 berhampiran Spanish Steps di Rom, telah dibina dengan reka bentuk yang kini dianggapi sebagai restoran McDonald's yang termewah. Ia mempunyai air pancut dalam restoran serta dinding dan lantai marmar. Restoran yang lain di tempat yang serupa sensitif mempunyai dekor yang berpadu dengan seni bina sekitar.

 
Tagged
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

This is the most recent post.
Older Post

0 comments