Open top menu
Friday, December 27, 2013



Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands.Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands

KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad. Logo KFC lama Logo KFC baru Kilang Ayamas di Bandar Tenggara, Kota Tinggi. KFC Malaysia mengakhiri 2001 dengan kejayaan cemerlang apabila memenangi tiga anugerah pada Persidangan Pemasaran Francais Asia anjuran Tricon Restaurants International yang diadakan di Bangkok, baru-baru ini.

Gambar menunjukkan salah satu set makanan. KFC Malaysia memenangi anugerah Best New Product Launch 2001 bagi Wakiki Burger yang dilancarkan pada Julai lalu, anugerah Best Consumer Insights Mining 2001 dan anugerah Best Kids Program 2001, masing-masing pada peringkat Asia. Ketiga-tiga anugerah yang dimenangi itu, mendapat persaingan hebat dari Brunei Darussalam, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Wakiki Burger sangat popular bagi penggemar burger ialah filet ayam perap, pedas serta bersari yang disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga rangup berwarna kuning keemasan. Filet ayam diletakkan antara dua ban bijan suam serta dilapiskan dengan daun salad segar serta rangup.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, SK Wong, berkata syarikat membelanjakan lebih daripada RM4 juta bagi kempen iklan dan promosi bersepadu sepenuhnya untuk pelancarannya yang mencatatkan kejayaan cemerlang.“Antaranya ialah iklan di televisyen, radio, akhbar dan luar premis termasuk bas dan tren, bahan lengkap untuk mata jualan dan pakaian seragam baru untuk kakitangan,” kata Wong.Beliau berkata, KFC Malaysia turut mengemukakan cabaran kepada pelanggan dalam bentuk jaminan kepuasan produk atau wang yang dikembalikan dengan setiap jualan.Anugerah Best Consumer Insight Mining 2001 adalah untuk perintisan KFC Malaysia dalam perisian komputer ESPRI bagi mendapatkan data penyelidikan Brand Image Tracking dan Consumer Experience Monitor untuk mengumpul pandangan bernilai terhadap sikap dan tingkah laku pengguna.

Anugerah Best Kids Program 2001 pula adalah untuk kegiatan pemasaran bagi kanak-kanak yang sudah diiktiraf sebagai ‘terbaik dalam kategorinya’ pada peringkat Asia sejak 1994. KFC Malaysia melaksanakan pelbagai program yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, termasuk maskot Chicky, KFC Kids’ Fun Club, ruang permainan di dalam restoran, Chicky Meal dan parti hari jadi.Selain itu, KFC menaja Hari Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa pada setiap tahun, yang kini menjadi agenda utama dalam kalendar kegiatan Hari Kanak-Kanak Peringkat Malaysia.KFC Malaysia pernah memenangi anugerah Franchisee of the Year dan anugerah Development Excellence pada 1998, anugerah Operations Excellence dan anugerah Human Resourse Excellence pada 1998 dan 1999, anugerah Finance Excellence pada 1999 dan anugerah Overall Marketing Excellence bagi Asia Pasifik 2000.
Tagged
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

0 comments